.

MALAYSIAN RED CRESCENT SMK LA SALLE SENTUL

MALAYSIAN RED CRESCENT SMK LA SALLE SENTUL

Friday, December 24, 2010

Keputusan PMR

Kami pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah terutamanya La Sallian Cemerlang 5 orang iaitu Eshwar Kumar, Jayakumar, Ranjen, Sahathevan dan Yovindra ..... Kepada mrk yang tidak dapat keputusan yang memuaskan janganlah anda berputus asa ......

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Hari Deepavali .....


Kami pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia. Menyambut 26-tahun bersama anda. Selamat Hari Deepavali. Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia dan Salam Kemanusiaan ......

Thursday, September 30, 2010

Lencana Kecekapan :- Lencana Pertolongan Cemas



Setiap peserta Kursus Pertolongan Cemas Asas 2010 yang lulus akan menerima (1) Lencana Peertolongan Cemas berserta dengan sijil ...... Salam Kemanusiaan !

KURSUS PERTOLOGAN CEMAS ASAS 2010

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus Pertolongan Cemas Asas 2010, Kursus ini telah diadakan di bawah Kempen 'SEORANG PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS DALAM SETIAP RUMAH" atau "A FIRST AIDER IN EVERY HOME" pada 28 Ogos 2010. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur. Sijil dan lencana Pertologan Cemas telah disampaikan oleh Puan Pengetua SMK La Salle Sentul Pn. Lau Jit Yeow kepada semua peserta yang telah lulus. Kursus ini telah dibahagikan kepada dua segmen iaitu Teori dan Praktikal. Praktikal  dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Cardio Pulmonary Resuscitation iaitu CPR dan Anduh/Ikatan dan simpulan. Seorang jurulatih yang bertauliah iaitu En.Zulkarnain telah dijemput untuk menjadi jurulatih bagi kursus ini. Beliau juga merupakan Komandan Bagi PBS 20 atau Commandant of Voluntary Aid Detachment (VAD) 20. Kami pihak BSMM SMKLSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Kami berharap kursus ini telah memanfaatkan semua peserta- peserta kursus ini dari pelbagai badan beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan juga Bulan Sabit Merah Malaysia. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta Kursus Pertolongan Cemas Asas 2010 . Sekian Terima Kasih, Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia dan Salam Kemanusiaan !

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Hari Malaysia






Kami pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul mengucapkan Selamat Hari Malaysia ..... Salam Hari Malaysia, Salam 1Malaysia dan Salam Kemanusiaan ....

Selamat Hari Kebangsaan Ke- 53








Kami pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-53, 1Malaysia Menjana Transformasi !!!  Selamat hari Kebangsaan dan Salam Kemanusiaan ....


Salam Aidilfitri .....



Kami pihak Bulan Sabit Merah Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia ..... Maaf, Zahir dan Batin ..... Salam Aidilfitri dan Salam Kemanusiaan .....