.

MALAYSIAN RED CRESCENT SMK LA SALLE SENTUL

MALAYSIAN RED CRESCENT SMK LA SALLE SENTUL

Monday, September 19, 2011

Sunday, July 24, 2011

Prakata Editor Blog Baru

Saya Prem Arumugam seorang ahli Bulan Sbait Merah Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle telah diberikan amanah untuk menjadi editor blog ini.Terima kasih saya ucapkan kepada Korporal Youvindra dan Puan Woo kerana yakin terhadap saya.Semoga Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul berjaya dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Dengan ini saya memaklumkan saya akan mejadi editor berkerjasama dengan Korp. Youvindra pada sesi 2011 mulai 24hb Julai 2011.

Tuesday, March 29, 2011

Prakata Editor Blog Baru

Nama saya DIVAKARAN a/l SUGUMAR,dari kelas 4 ALPHA,telah diberi mandat menjalankan tugas sebagai editor blog BSMM SMKLSS yang baru.Perlantikan ini berkuatkuasa mulai hari ini bersamaan dengan 29/03/2011.Kerjasama dari semua ahli BSMM SMKLSS amat dialu-alukan.
Untuk pengetahuan ahli-ahli BSMM SMKLSS,editor sebelum ini,Leftenan Yovindra,telah berpindah ke SMK St. John pada awal bulan ini.
Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.WOO yang telah mempercayai saya dan memberikan mandat ini kepada saya.Semoga berjaya kepada semua ahli BSMM SMKLSS dalam apa jua perkara yang anda lakukan.
Carpe Diem......SEIZE THE MOMENT!

Friday, December 24, 2010

Keputusan PMR

Kami pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah terutamanya La Sallian Cemerlang 5 orang iaitu Eshwar Kumar, Jayakumar, Ranjen, Sahathevan dan Yovindra ..... Kepada mrk yang tidak dapat keputusan yang memuaskan janganlah anda berputus asa ......

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Hari Deepavali .....


Kami pihak Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia. Menyambut 26-tahun bersama anda. Selamat Hari Deepavali. Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia dan Salam Kemanusiaan ......

Thursday, September 30, 2010

Lencana Kecekapan :- Lencana Pertolongan Cemas



Setiap peserta Kursus Pertolongan Cemas Asas 2010 yang lulus akan menerima (1) Lencana Peertolongan Cemas berserta dengan sijil ...... Salam Kemanusiaan !

KURSUS PERTOLOGAN CEMAS ASAS 2010

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus Pertolongan Cemas Asas 2010, Kursus ini telah diadakan di bawah Kempen 'SEORANG PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS DALAM SETIAP RUMAH" atau "A FIRST AIDER IN EVERY HOME" pada 28 Ogos 2010. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia SMK La Salle Sentul dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur. Sijil dan lencana Pertologan Cemas telah disampaikan oleh Puan Pengetua SMK La Salle Sentul Pn. Lau Jit Yeow kepada semua peserta yang telah lulus. Kursus ini telah dibahagikan kepada dua segmen iaitu Teori dan Praktikal. Praktikal  dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Cardio Pulmonary Resuscitation iaitu CPR dan Anduh/Ikatan dan simpulan. Seorang jurulatih yang bertauliah iaitu En.Zulkarnain telah dijemput untuk menjadi jurulatih bagi kursus ini. Beliau juga merupakan Komandan Bagi PBS 20 atau Commandant of Voluntary Aid Detachment (VAD) 20. Kami pihak BSMM SMKLSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Kami berharap kursus ini telah memanfaatkan semua peserta- peserta kursus ini dari pelbagai badan beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan juga Bulan Sabit Merah Malaysia. Tahniah dan Syabas kepada semua peserta Kursus Pertolongan Cemas Asas 2010 . Sekian Terima Kasih, Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia dan Salam Kemanusiaan !